Monday 28 September 2015

LIDAH BANGSA

0 comments
LIDAH BANGSA

Lidah bangsaku tiba-tiba kelu
di hujung satu dekad abad ke-21
buana yang resah benua tidak tentu
akan segala yang mungkin alaf baru,
ketika kuasa-kuasa bertukar haluan
krisis ekonomi gelegak di tangan
budaya hidup yang terencat
sosial manusia yang bejat
di sisi globalisasi liberalisasi
bangsaku hilang berani.

Dari dahulu di bumi merdeka ini
bangsaku bingkas
bangun berdiri
bersatu langkah sederap serentak
yakin bangunkan nusa yang hebat
dimalui disegani dihormati orang
atas kekuatan aneka macam
taat setia rakyat menjulang
satu padu bukan kepalang
sepakat nikmat kemakmuran,
jika muncul aliran baru alur fikir
menerjah tanpa nyata batin zahir
nusa ini akan nanar
jadi pohon tidak berakar.

A AZIZ DERAMAN
Kuala Lumpur

Monday 7 September 2015

SUMAYYAH

1 comments
Assalamualaikum.

okay, hari ni kena post sebab esok dah nak hantar assignment ni :D

so, hari ni nak share pasal Sumayyah.
mesti kenal kan siapa Sumayyah?
agak-agaknya apa yang menarik pasal Sumayyah ni?

haa.. macam yang kita tahu, Sumayyah ni adalah seorang hamba yang telah memeluk Islam secara diam-diam. Pada suatu hari, tuan dia tahu la pulak rahsia Sumayyah sekeluarga. Lalu, mereka pun diseksa dengan kejam. Sumayyah diberi pilihan sama ada untuk kembali kepada agama asal ataupun dibunuh. 

walaupun anak dan suaminya telah dibunuh, dia tetap mempertahankan imannya kerana dia yakin Allah akan mempertemukannya dengan keluarganya di syurga yang kekal.

cuba kita renungkan diri sendiri, kita sudah lama memeluk Islam namun adakah iman kita seteguh Sumayyah sedangkan Sumayyah seorang mualaf? Sungguh, Allah telah menjadikan kisah Sumayyah sebagai pengajaran kepada seluruh umat manusia. renung-renungkan dan selamat beramal!

saya sharekan link lagu Sumayyah so that kita semua boleh mengenali Sumayyah dengan lebih dalam.

Love,
Farah Anisa.

 

CikguFarahAnisa Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template